Monday 30 November 2015

10 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Kita Tidak Tahu



10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI YANG KITA TIDAK TAHU

[+]1 . ubat batuk ~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI 
# limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

[+]2 . ubat demam~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
 #Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

[+]3. ubat ketiak~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
# Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

[+]4 . ubat pening kepala~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
 #Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

[+]5 . ubat lelah~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
# Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

[+]6 . ubat kurus~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
# Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

[+]7 . ubat kelemumur~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
# Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

[+]8 . ubat hilang minyak pada baju~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
# Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

[+]9 . ubat wangi rambut~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
 #Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


[+]10 . ubat kilatkan cermin mata~10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI#Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama~~




Friday 27 November 2015

PERGAULAN yang perlu dijaga oleh PEREMPUAN dan LELAKI :





PERGAULAN yang perlu dijaga oleh PEREMPUAN dan LELAKI :


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31 

ULASAN AYAT~~~~


(1)- Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan PEREMPUAN dan LELAKI : Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara PEREMPUAN dan LELAKI :. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbabas di antara lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.

(2)- Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan dan murka Allah.


  • Serius dalam ucapan, tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan lelaki asing) sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan).” (Surah Al Ahzab : 32)

  • Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah SWT: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah An Nur : 31)


Tip Dan Petua Cara Putihkan Ketiak Hitam Dengan Cepat



Tip Dan Petua Cara Putihkan Ketiak Hitam Dengan Cepat

1) Limau Nipis Dan Kapur Sirih
~Ambil limau nipis dan perah ke dalam bekas atau mangkuk kecil.Campurkan dengan sedikit kapur sirih dan kemudian gaul sehingga rata.Sapukan pada bahagian ketiak anda sebaik-baiknya selepas mandi dan biarkan beberapa minit lebih kurang 20-30 minit sebelum bilas dengan air.




2)Timun
~Caranya agak mudah tetapi mungkin susah sedikit untuk diamalkan oleh sesetengah orang.Caranya potong timun sehingga nipis dan letakkan di bahagian ketiak selama yang boleh.





3)Ubat Gigi
~Ubat gigi banyak kegunaannya selain daripada ketika memberus dan mencuci gigi.Ubat gigi juga dikatakan boleh dijadikan bahan untuk CARA PUTIHKAN KETIAK hitam dengan berkesan dan paling senang diamalkan sebab ubat gigi memang selalu ada dengan kita setiap hari betul tak~~






4)Betik,Papaya atau Kentang
~Gunakan papaya yang masih muda dan belum masak sepenuhnya untuk putihkan bahagian ketiak.
CARANYA~Kisarkan atau hancurkan hingga halus sebelum disapukan ke bahagian ketiak.Seperti biasa, biarkan dalam tempoh sekitar 15-20 minit sebelum cuci ketiak anda dengan air.
Anda juga boleh gunakan kentang jika mahu.





5)Minyak Zaitun
~Minyak Zaitun memang banyak kegunaan dalam produk kecantikan dan juga kesihatan.Minyak Zaitun juga boleh digunakan sebagai bahan untuk memutihkan dan mencerahkan ketiak .Cara penggunaan ialah sapukan pada bahagian ketiak dan biarkan untuk beberapa lama sebelum dibilas dengan air.. Amalkan dengan selalu :-)





Rahsia Dan Cara Eratkan Kasih Sayang Suami Istri


Rahsia Dan Cara Eratkan Kasih Sayang Suami Istri

[+]1. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang ( I love you ) sepenuh hati sebelum keluar / menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur/seks.#

[+]2. Cari masa makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. So bolehlah dapat feel zaman berdating dulu.#

[+]3. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah dengan ikhlas.# 

[+]4. Jika berpisah lebih dari sehari (tugasan luar daerah), tambah rutin harian tadi dengan peluk dan cium di bibir.#

[+]5. Luangkan masa menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya khabar  walau sesibuk mana sekali pun,# 

[+]6. Bertanya apa yang berlaku sepanjang hari  sebagai tanda mengambil berat dan untuk meluahkan perasaan.#

[+]7. Luangkan masa bersembang tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur/seks di atas katil.#

[+]8. Elakkan pertelingkahan dan jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri dan jauh dari anak2.#

[+]9. Jangan cuba untuk berpisah tempat tidur walau anak sudah ramai atau usia sudah lanjur kerana ia adalah salah satu tips penting untuk mengeratkan kasih sayang.#


[+]10. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.#


Resepi Sos Keropok Lekor Senang Dan Mudah


Resepi Sos Keropok Lekor Senang Dan Mudah


Bahannya~
  • 400ml air
  • 150gm gula merah
  • 3 sudu besar cili yang telah dikisar
  • 60ml air dicampur dengan (1) sudu makan asam jawa,
  • sos tiram
  • bawang putih 4 ulas
  • garam secukup rasa


Cara membuatnya~
1. Jerang semua bahan hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan kacau hingga pekat kemudian angkat sedia untuk di hidang


Khasiat Bunga Matahari .... Anda Mesti Tidak Tahu Kan!!!


KHASIAT BUNGA MATAHARI .....ANDA MESTI TIDAK TAHU KAN!!!

(1). Mengubati Sakit Kepala~
Ambil 30 gram bunga matahari, kemudian direbus dengan satu butir telur ayam (jangan dipecahkan). Rebus dalam 3 gelas air hingga tersisa 1/2 gelas. Kemudian air rebusan tersebut diminum sesudah makan sebanyak dua kali sehari.


(2). Melancarkan buang air besar dan kecil
Jika Anda mengalami susah buang air besar ataupun susah buang air kecil, rebuslah 15-30 gram akar bunga matahari segar, kemudian minum airnya. Insya Allah semuanya akan lancar kembali.

(3). Infeksi saluran kencing
Rebus 30 gram akar bunga matahari segar. Sewaktu akan mendidih, segera diangkat dan minum selagi masih hangat.

PERHATIAN KEPADA IBU MENGANDUNG!!!!!!


Wanita hamil dilarang meminum ramuan bunga matahari!


Popia Basah Meleleh



POPIA BASAH MELELEH

Bahan Kulit Popia

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan (cuka) 
  • secubit garam


Cara Membuat : 

 Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.


Bahan Untuk Inti Popia

  • 1/2 biji kobis - di racik halus 
  • 3 biji  carrot - di sagat halus 
  • 1 biji  bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • garam secukupnya 

minyak untuk menumis

Cara Membuat :

Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu....

Selamat Mencuba dan Sesuai Untuk Sajian Juadah Petang.



JUS LIMAU KASTURI SANGAT RINGKAS


JUS LIMAU KASTURI SANGAT RINGKAS
            Untuk kempiskan perut.. :-)

Bahannya:

  • (1). 5 biji limau kasturi (Jus sahaja)
  • (2). 4 biji limau kasturi (Buang biji,blend sekali kulit)
  • (3). 1 biji oren sunkist
  • (4). 1 biji epal hijau
  • (5). Gula sedikit
  • (6). 4 biji asam boi


Caranya:

1. Blend kesemua bahan dari no (1) hingga no (5)
2. Tuangkan ke dalam gelas.
3. Masukkan asam boi & ais.
  
~Sedia untuk di minum

~Selamat mencuba!!!


Thursday 26 November 2015

Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Rangup


Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Rangup

Bahannya
  • Cempedak secukupnya
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • satu cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Campurkan tepung gandum, kunyit dan garam
  3.  Tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
  4. Masuk kan sedikit minyak yang telah dipanaskan
  5. Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
  6. Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
  7. Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
  8. Angkat dan toskan di atas kertas tisu.

Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah minum petang apabila digoreng panas. Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.


Kelebihan Teh Hijau Dan Efek Sampingan Teh Hijau




Kelebihan Teh Hijau  Dan Efek Sampingan Teh Hijau

Selain membantu program diet, teh hijau juga memiliki beragam manfaat lain untuk tubuh. Berikut ini beberapa manfaat dan khasiat teh hijau yang boleh Anda dapatkan:->
  • Memperkuat gigi, mencegah gigi berlubang, dan membantu mengurangi bau mulut.
  • Baik untuk kesihatan kulit.
  • Membantu Kinerja Otak.
  • Antioksidan, nutrisi pada teh hijau dipercaya mampu menyerap racun yang mengganggu dalam tubuh.
  • Mengurangi Risiko Penyakit Kanker dan Jantung.
  • Mengatasi Jerawat dan Eksim.



Efek Sampingan Teh Hijau
Selain banyak sekali manfaat dan khasiat yang boleh kita dapatkan dari teh hijau, ternyata juga terdapat efek sampingan yang perlu kita perhatikan. Diantaranya adalah:>

1. Efek Kafein
Meskipun kandungan kafein dalam teh hijau lebih rendah dari kopi, tetap saja memberikan efek kafein pada tubuh seperti  sulit tidur, detak jantung lebih cepat, gelisah dan tekanan darah yang meninggi.

2. Kekurangan Zat Besi
Zat tannin yang berlebih dalam darah dapat menghambat penyerapan tubuh terhadap zat besi.

3. Osteoporosis
Ini merupakan salah satu efek teh hijau yang cukup mengerikan, khususnya bagi wanita. Teh hijau diyakini akan membawa lebih banyak kalsium dalam tubuh keluar melalui urin, daripada zat diuretik lainnya.

5. Dapat Mempengaruhi Kehamilan

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, sebaiknya mengurangi pengambilan teh hijau dalam jumlah tinggi. Kandungan kafein dapat menyeberang plasenta dan masuk ke dalam sirkulasi janin,  iaitu keguguran. Meskipun tidak dilarang, sebaiknya elakan minum teh hijau bagi ibu hamil.


TUJUH ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


TUJUH  ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1>. Memperbanyak Membaca ~
 La hawla Wala Quwwata Illa billah
 Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan ~ La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2>. Membaca ~La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca 
~La ilaha illallahul malikul haqqul mubin 
maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3>. Membaca –~Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .
 Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4>. Membaca Surat Al-IKHLA S~
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5>. Membaca Surat Al-WAQIA’AH ~
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6>. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI ~
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7>. Melazimkan BERISTIGHAFAR ~
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

  • ~YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
  • ~YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
  • ~Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
  • ~Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....



Wednesday 25 November 2015

AIR YANG DICINCANG TAK KAN PUTUS( TULAH DARAH DAGING KITA)



AIR YANG DICINCANG TAK KAN PUTUS( TULAH DARAH DAGING KITA)

~Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
~Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
~Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
~Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.
~Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
~Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
~Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.
~Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".
~Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

("DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.”) 

(TERIMA KASIH ADIK BERADIK)

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
  • 1.~ Waktu
  • 2. ~Kata-kata
  • 3 .~ Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
  • 1. ~Kemarahan
  • 2.~ Keangkuhan
  • 3. ~Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
  • 1.~ Harapan
  • 2. ~Keikhlasan
  • 3. ~Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg berharga:
  • 1. ~Kasih Sayang ..
  • 2. ~Cinta
  • 3. ~Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
  • 1.~ Kekayaan
  • 2. ~Kejayaan
  • 3.~ Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
  • 1.~ Komitmen
  • 2. ~Ketulusan
  • 3. ~Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
  • 1. ~Tekad
  • 2. ~Kemahuan
  • 3.~ Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
  • 1.~ Rezeki ..
  • 2.~ Umur
  • 3.~ Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
  • 1. ~Tua
  • 2. ~Sakit
  • 3.~ Kematian.

****Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya***
Kirimlah kpd semua Adik beradik yg kita ingati.


MASAK LEMAK PUCUK CEMPERAI



MASAK LEMAK PUCUK CEMPERAI


BAHANNYA
  • ~ 2 cekak pucuk cemperai  
  • ~Santan kelapa secukupnya 
  • ~1 genggam ikan bilis - rendam sekejap 
  • ~Garam secukup rasa 
  • * Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat*


BAHAN DITUMBUK LUMAT :
  • ~ 4 cm kunyit hidup 
  • ~2 biji bawang merah 
  • ~1 ulas bawang putih
  • ~ Sedikit cili api - kalau suka pedas


 CARA MEMASAK : 
(1). Bersihkan pucuk cemperai dan ambil daun-daun . 
Tumbuk lumat semua bawang merah , putih , kunyit hidup dan sedikit cili api . Kalau tak mau pedas tak perlu tambah cili api .
(2).Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis . Kacau semua bahan dan biarkan santan/kuah mendidih .

(3). Masukkan semua pucuk cemperai tadi dan kacau sekejap . Biarkan sampai pucuk cemperai masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur. 

###Ini la rupa sayur pucuk cemperai yang dimasak lemak kuning , rasa sayur lebih kurang sama macam pucuk manis memang sedap , lemak dan manis . Juadah sayur pucuk cemperai ni memang la hidangan istimewa  sebab jarang dapat jumpa dan dapat dimakan ,####


Nak tak Anak kita Berkelakuan Baik? Cubalah 20 Kata-Kata Ini



Nak tak Anak kita Berkelakuan Baik? Cubalah 20 Kata-Kata Ini ~~~

1~Bagus! Terima kasih sebab tolong mama.


2~Terus berusaha. Ayah bangga dengan kamu!


3~ Baiknya anak mama ni!


4~ Hebat. Terima kasih kerana taat dengan perintah ayah.


5~ Wow! Kamu benar-benar mengagumkan kami!


6~ Kamu tahu tak? Kamu ni anak yang baik!


7~ Mama hargai apa yang kamu lakukan.


8~ Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kamu.


9~ Tengok apa yang telah kamu capai!


10~ Kamu telah buat keputusan yang terbaik!

11~ Terima kasih kerana mengemas bilik sebelum mama sempat menyuruh.


12~ Mama suka mendengar perkara itu.


13~ Kamu dah faham, itu memang hebat!


14~ Selangkah je lagi, kamu pasti berjaya!


15~ Kerja yang hebat, kamu benar-benar mendengar kata.


16~ Ayah tahu ia perkara baru bagi kamu, percubaan yang sangat baik!


17~ Mama suka kreativiti kamu!


18~ Terima kasih kerana berkongsi.


19~ Teruskan usaha. Kamu boleh lakukan!


20~ Mama/Ayah sayang kamu.

SELAMAT MENCUBA SEMUA






RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING SEDAP :-)


RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING SEDAP :-)

Bahan - bahannya

  • ~9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
  • ~2-3 inci halia ( hiris nipis)
  • ~5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3)
  • ~sebelah dada ayam
  • ~sebungkus cendawan shitake
  • ~3 -4 sb sos tiram
  • ~3-4 sb kicap pekat
  • ~2-3sb kicap cair
  • ~serbuk lada hitam
  • ~sesudu kecil minyak bijan
  • ~4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
  • ~3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
  • ~sayur sawi
  • ~yee mee


Caranya :

  • (1) Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga kekuningan
  • (2) Masukkan ayam & cendawan serta masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.
  • (3) Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam) & kacau rata.
  • (4) Masukkan minyak bijan & tutup seketika.
  • (5) Pastikan cendawan dan ayam betul2 masak barulah masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • (6) Seimbangkan rasa & tutup api.

  • Penyediaan di (Hot plate):

  • (1) Masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan (kuahnya sesenduk di atas mee tersebut.
  • (2) Pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya.
  • (3) kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya kalau takda hot plate.
  •  boleh je satukan,masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali.



Selamat memasak sizzling yee mee~~~~


RESEPI KOLEH KACANG HIJAU LAZAT




RESEPI KOLEH KACANG HIJAU LAZAT

  • Bahan (a)
  • ~ 400 gram gula merah
  • ~100 gram gula halus
  • ~300 ml air
  • ~1 helai daun pandan

  • Bahan (b)
  • ~300 gram tepung kacang hijau
  • ~1 sudu teh garam
  • ~400ml santan pekat
  • ~1300ml air
  • ~3 sudu teh minyak masak

  • ~Bahan (c) (tahi minyak)
  • ~300ml santan pekat
  • ~secubit garam


(Cara-cara nya) 
(1). Bahan dimasak dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas. Ketepikan.

##minyaknya jangan dibuang, masuk ke dalam adunan supaya berkilat##

(2). Masak bahan2 (a) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml [ jgn sampai air gula pekat]

(3). Satukan bahan (b), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.

(4). Masukkan bahan (a) ke dalam bancuhan (b), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik. Masukkan minyak supaya berkilat.

(5). Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.

(6). Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya. 


PETUA RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN ….


PETUA RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN ….

[+]1. LIMAU NIPIS DAN PUTIH TELUR
Perah tiga biji limau nipis.
Campur dengan dua biji putih telur
Ratakan pada rambut.
Biarkan dua jam baru cuci##

[+]2. HALBA
Rendam segengam halba dan buah sintok.
Rendam dua jam.
Rebus air rendaman tu hingga jadi warna perang pekat.
Biarkan sejuk.
Ramas ramuan hingga hancur dan lumur pada kepala.
Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih.
Amalkan sekali seminggu.##

[+]3.LOBAK MERAH
Lobak diparut.
Campur dengan minyak kelapa.
Sapu pada rambut.
Perapkan dengan tuala kecil yang direndam air panas.##

[+]4. DAUN SERAI
Tumbuk segengam daun serai hingga lumat.
Masa dengan secawan air hingga jadi kuning.
Sejukkan air rebusan.
Usap ke kepala.
Amalkan dua minggu.##

[+]5. LIDAH BUAYA, BUNGA RAYA & LITUP BUMI
Ambil lendir lidah buaya, lendir daun bunga raya dan lendir litup bumi.
Masukkan dalam satu bekas.
Campur minyak zaitun.
Sapu pada rambut.
Bungkus kepala dengan tuala kecil 30 minit.
Esok baru bilas.##

[+]6. KACANG HIJAU
Rebus segengam kacang hijau.
Sapukan pada akar rambut sebelum tidur.
Esok baru bilas.##

[+]7. SANTAN KELAPA
Ambil santan kelapa.
Masak hingga keluar minyak dan sejukkan.
Ratakan pada kepala.

Esok baru bilas.##


Tuesday 24 November 2015

Resepi Mudah Dan Simpel Es Stik Oreo



Resepi Mudah Dan Simpel Es Stik Oreo

Bahan -Bahan Es Stik Oreo
  • #120 ml whipping cream (30% lemak susu)
  • #120 ml susu cair
  • #2 sdm yoghurt tawar
  • #2 sdm madu
  • #12 biskuit Oreo

Cara -Caranya
  • #1. Pertama, campur susu, whip cream, madu dan yoghurt dalam sebuah bekas kacau hingga sebati.
  • #2. Anda boleh memotong beberapa Oreo menjadi 4 bagian. Masukkan ke dalam cetakan es popsicle.
  • #3. Masukkan susu dan tutup dengan sticknya. Sejukkan selama 4 jam atau semalaman dalam freezer.
  • 4. Bila Anda sukar untuk mengeluarkannya, Anda boleh mencelupkannya ke dalam air lebih dahulu selama 2 minit.
  • Selesai sudah, mudah kan cara membuatnya? Anda boleh menyajikan es lazat ini untuk keluarga atau menikmatinya sendiri untuk menjadi mood booster. Selamat mencuba….



24 TIPS HIDUP BAHAGIA DAN DAMAI



24 TIPS HIDUP BAHAGIA DAN DAMAI

[+]01. Jangan membanding-banding kan diri kita dengan orang lain,
[+]02. Jangan berpikiran negatif terhadap orang lain,
[+]03. Jangan mengejek atau merendahkan orang lain,
[+]04. Jangan melakukan hal dengan emosi,
[+]05. Jangan suka bergossip hal yg tidak penting,
[+]06. Jangan suka mengeluh,
[+]07. Yang lalu, biarlah berlalu jangan diungkit-ungkit,
[+]08. Jangan membenci,
[+]09. Hiduplah dengan damai,
[+]10. Sadari bahwa kebahagiaan berawal dari diri sendiri,
[+]11. Sadari bahwa hidup adalah proses pembelajaran,
[+]12. Perbanyaklah tersenyum
[+]13. Jangan suka ngotot,
[+]14. Selalulah berkomunikasi kepada orang yang disayang,
[+]15. Yakinlah Setiap hari adalah hari yg baik,
[+]16. Maafkan semua orang,
[+]17. Luangkan waktu untuk orang tua dan hormatilah mereka,
[+]18. Usahakan membuat orang lain tersenyum,
[+]19. Jangan mencampuri urusan orang lain,
[+]20. Beri perhatian terhadap keluarga,
[+]21. Hargailah orang yang mengasihimu dan menyayangimu,
[+]22. Jika melihat orang susah, harus saling tolong menolong,
[+]23. Kuatkan diri untuk selalu bersabar, dan
[+]24. Yang terakhir paling penting adalah selalu bersyukur atas apa yg diberi oleh Allah pada kita dan yakinlah bahwa Allah selalu memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya


#Semoga Ar-Rahman berkenan membukakan pintu hati kita sekeluarga untuk senantiasa selalu berupaya mendekatkan diri kepada-Nya, Aamiin. Yaa Robbal ‘alamiin.#


Resepi Pizza Roti Senang Dan Mudah


Resepi Pizza Roti Senang Dan Mudah

Bahan-bahan Pizza Roti:
  • [**]Roti gardenia
  • [**] cheese mozarella
  • [**]Sosej / isi ayam / isi ketam ( direbus )
  • [**]Lada benggala
  • [**]Mayonis
  • [**]Sos cili

Cara Membuat Pizza Roti:
  • #1. Sapukan sos cili atas roti dan susunkan dalam loyang.
  • #2. Aturkan sosej / isi ayam dan lada benggala diatas roti tersebut mengikut kesukaan sendiri.
  • #3. Sapukan mayonis dan taburkan cheese mozarella.
  • #4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskn 200Âșc selama 5 minit.


Sila Share Supaya Tak Hilang.


[PETUA!] RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.


[PETUA!] RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.

Anda boleh cuba salah satu dari cara-cara seperti dibawah….

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]1. Wap nasi :
#Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]2. Sawi :
#Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]3. Lobak merah :
#Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA
[**]4. Teh:
#Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang 

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]5. Bawang Putih & Bawang Merah :
#Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]6. Kacang Walnut :
#Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]7. Tomato :
#Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]8.Kacang Soya :
#Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]9. Telur :
#Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA.
[**]10. Brokoli :
#Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

                
 #Selamat mengamalkan. Like dan Share#


Saturday 14 November 2015

RAMAI YANG TIDAK TAHU KHASIAT AIR KELAPA MUDA


RAMAI YANG TIDAK TAHU KHASIAT AIR KELAPA MUDA


KHASIAT AIR KELAPA MUDA

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA


12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

selamat mengamalkan KHASIAT AIR KELAPA MUDA INI.


Monday 9 November 2015

PETUA ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR [MESTI BACA]



PETUA ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR [MESTI BACA]
Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan cara-cara ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR:

1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.

2. Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

4. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, anda mengalami SEMBELIT. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. elakkan sembelit.

PETUA ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR

Untuk merawat buasir boleh cuba cara berikut :
1. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.

2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh ( Bersihkan ). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak2 suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.

AMALKAN PETUA ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR.

Selamat mencuba


Sunday 8 November 2015

PETUA DAN CARA MUDAH HALAU TIKUS DI RUMAH


PETUA DAN CARA MUDAH HALAU TIKUS DI RUMAH

Boleh cuba mana-mana cara mudah HALAU TIKUS DI RUMAH

1. Pokok durian belanda :
Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

2. Daun durian belanda :
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

PETUA DAN CARA MUDAH HALAU TIKUS DI RUMAH
3. Jering dan tangkai jering :
Cara 8: Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul.

4. Lada hitam :
Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus tak suka lada hitam.

5. Perangkap :
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

PETUA DAN CARA MUDAH HALAU TIKUS DI RUMAH

6. Kucing :
Bela kucing (bukan kucing makan “Friskies”/kucing parsi).

7. Burung hantu :
Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi).

Selamat mencuba