Sunday 13 December 2015

ACAR BUAH SIMPLE SANGAT SEDAP






ACAR BUAH SIMPLE SANGAT SEDAP

BAHANNYA ~

[#] 1kg buah-buahan jeruk
[#]10 biji bawang merah (dibelah dua)
[#]8 ulas bawang putih (dibelah dua)
[#]2 in halia muda (dihiris dua)
[#]15 biji cili api 
[3]bijian secukupnya 
[#]1/4 cawan cuka makan 
[#]1/2 cawan rempah kari
[#]1 cawan cili kisar
[#]1/2 cawan bijian [jika tiada pon tak apa]

BAHAN DIKISAR~

[#]8 biji bawang merah~
[#]4 ulas bawang putih~
[#]1 in halia~(bahan semua dikisar)

CARA MASAK~

1~Tumis bahan yang dikisar hingga wangi,
2~Masukkan cili kisar, rempah kari dan tumis hingga wangi dan garing,
3~Masukkan gula dan cuka,masak hingga naik wangi,
4~Masukkan semua buah-buahan jeruk dan kacau hingga rata,
5~Tuangkan bijian.

6~Sejukkan dahulu baru diisi dalam bekas…..


Thursday 10 December 2015

3 Ayat Yang Patut Diamalkan Setiap Hari

 Bismillahirrahmanirrahim.

Asallammualaikum W.B.T


Saya percaya, kita semua ada amalkan apa-apa doa untuk kesejahteraan diri kita.Ada ayat yang panjang dan ada juga yang pendek.Doa yang dipetik daripada AL-QURAN adalah yang terbaik, di samping bacaan doa yang diajar oleh NABI MUHAMMAD SAW.

Saya nak kongsi sedikit doa yang sesuai diamalkan oleh kita semua.

[1] Doa dikurniakan usia yang panjang


[2] Doa mengelakkan sebarang kemudaratan



[3] Doa murah rezeki dan keselamatan diri



Resepi Laksa JDT Original Asli


Bahan-bahan yang perlu di sediakan ialah:-

  • =)1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • =)Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • =)udang basah 100gm
  • =)isi ikan kurau - 10 gram dibakar
  • =)1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • =)bawang besar - 3 biji
  • =)cili kering - 15 tangkai
  • =)halia - 2 ibu jari
  • =)lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • =)serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • =)asam keping - 2 keping (masuk dalam kuah)
  • =)santan pekat 1 kotak / lebih
  • =)1 paket kerisik
  • =)1 paket kecil rempah kari
  • =)bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • =)limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • =)timun di racik halus
  • =)tauge buang ekor (segar)
  • =)jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • =)bawang besar hiris halus
  • =)lada merah/lada hijau dihiris
  • =_Daun kesum / daun selasih (untuk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • =)Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • =)-lada merah 5/6 biji
  • =)-Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • =)Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji no moto





Cara-cara untuk buat Laksa JDT Original Asli


  1. (Y) rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. (Y) Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. (Y) Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. (Y) masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. (Y) masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. (Y) masukkan asam keping
  8. (Y) tambah garam dan gula untuk rasa
  9. (Y) masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. (Y) mesinkan semua bahan dan hidangkan


10 Petua Yang Orang Dulu Gunakan


Disini saya sediakan petua petua orang dulu.
  • [+_+]Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan
(1) Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
  • [+_+]Petua Untuk Melembutkan Rambut
(2) Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
  • [+_+]Petua Untuk Merawat Kulit Berkedut
(3) Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
  • [+_+]Petua Untuk Melentikkan Bulu Mata
(4) Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
  • [+_+]Petua Untuk Melebatkan Rambut
(5) Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
  • [+_+]Petua Untuk Awet Muda
(6) Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
  • [+_+]Petua Untuk Kulit Cerah dan Licin
(7) Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
  • [+_+]Petua Untuk Rambut
(8) Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.
  • [+_+]Mengurangkan Dengkur
(9) Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
  • [+_+]Menghilangkan Ketuat

(10) Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.


7 Koleksi Petua Yang Pernah Di Amalkan Tok Nenek Kita


  • (^^)Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
[+]Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
  • (^^)Penawar Resdung
[+]Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
  • (^^)Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
[+]Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
  • (^^)Menegangkan Kulit Muka
[+]Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
  • (^^)Menghilangkan Cagu
[+]Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
  • (^^)Menyerikan Wajah
[+]Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.
  • (^^)Menghaluskan Kulit

[+]Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.


Resepi Kek Aiskrim Yang Mudah Untuk Di Buat


  1. Bahan-bahan yang di perlukan adalah:-

    • =)500ml ais krim vanila
    • =)250gram biskut coklat (nak pakai biskut lain pun boleh juga)
    • =)1/2 cawan almond (nak pakai kacang lain pun boleh juga)





    Cara-cara untuk membuat kek aiskrim
    1.  =)Satukan biskut dan kacang dalam sekeping plastik pembungkus,ketuk - ketuk kacang dan biskut tersebut sehingga agak hancur.
    2. =)Putar ais krim sehingga kembang dan masukkan campuran biskut dan kacang tadi sedikit demi sedikit
    3. =)Tuangkan adunan tadi ke dalam sebuah loyang kek yang dilapikkan dengan food wrapper terlebih dahulu.
    4. =)Simpan pada bahagian sejuk beku sehingga 6 jam atau keesokkan harinya


      P/S dah siap boleh hidangkan dan boleh makan satu keluarga sambil tengok tv


4 Petua Menegangkan Kulit Muka Yang Anda Harus Tahu


  • Petua Menegangkan Kulit Muka 1


[+]Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. 

  • Petua Menegangkan Kulit Muka 2


[+]Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

[+]Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

  • Petua Menegangkan Kulit Muka 3


[+]Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. 

  • Petua Menegangkan Kulit Muka 4



[+]Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.