Wednesday 25 November 2015

Filled Under:

RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING SEDAP :-)


RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING SEDAP :-)

Bahan - bahannya

  • ~9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
  • ~2-3 inci halia ( hiris nipis)
  • ~5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3)
  • ~sebelah dada ayam
  • ~sebungkus cendawan shitake
  • ~3 -4 sb sos tiram
  • ~3-4 sb kicap pekat
  • ~2-3sb kicap cair
  • ~serbuk lada hitam
  • ~sesudu kecil minyak bijan
  • ~4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
  • ~3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
  • ~sayur sawi
  • ~yee mee


Caranya :

  • (1) Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga kekuningan
  • (2) Masukkan ayam & cendawan serta masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.
  • (3) Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam) & kacau rata.
  • (4) Masukkan minyak bijan & tutup seketika.
  • (5) Pastikan cendawan dan ayam betul2 masak barulah masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • (6) Seimbangkan rasa & tutup api.

  • Penyediaan di (Hot plate):

  • (1) Masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan (kuahnya sesenduk di atas mee tersebut.
  • (2) Pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya.
  • (3) kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya kalau takda hot plate.
  •  boleh je satukan,masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali.



Selamat memasak sizzling yee mee~~~~




3 comments:

  1. Saya dah buat ... betul2 sedap ... nak tanya , resepi nk utk bape org makan sebanrnye

    ReplyDelete
  2. apa beza pakai cendawan shitake yang kering dan yang biasa tu? mana paling sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same jer...ikut kitelah ... ade org sedap shitake ..
      Ade suke kering
      Ade suke butang
      Ade suke kulat
      Ade suke payung
      Kihkihkih...
      Mcm saya .. paling sedap makan ngan sizzling.... shitake ....

      Delete