Friday 27 November 2015

Filled Under:

PERGAULAN yang perlu dijaga oleh PEREMPUAN dan LELAKI :





PERGAULAN yang perlu dijaga oleh PEREMPUAN dan LELAKI :


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31 

ULASAN AYAT~~~~


(1)- Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan PEREMPUAN dan LELAKI : Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara PEREMPUAN dan LELAKI :. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbabas di antara lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.

(2)- Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan dan murka Allah.


  • Serius dalam ucapan, tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan lelaki asing) sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan).” (Surah Al Ahzab : 32)

  • Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah SWT: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah An Nur : 31)




0 comments:

Post a Comment