Saturday, 5 December 2015

Filled Under:

PETUA MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH DAN PECAH



PETUA MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH DAN PECAH

[#]1 Getah Betik
Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

[#]2 AsamKeping @ Gelugor
Petua yang kedua ni sangat mudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapur cari asam keping ni..betul tak!!

Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.

[#]3 Avokado
Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. 

Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. Tapi..buah ni susah juga nak cari kan. Saya pon tak biasa beli buah ni. Maklumlah buat luar negara kan. Manalah kita orang kampung cam saya ni pandai makan. Beli pon tak pernah kot. 

[#]4MINYAK ZAITUN
Sebelum tidur sapukan MINYAK ZAITUN pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..

[#]5 Kelapa parut
Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. 

Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati. Petua yang kelima ni saya suka. 

Teringat kat mak saya di kampung. Mak saya suka sangat guna hampas kelapa sental kat satu badan..Dengan anak-anak sekali termasuklah disuruhnya sental satu badan bila mandi. Nak bagi kulit halus katanya..hihi

[#]6 Tepung Beras

Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagian tumit yang merekah kembali seperti asal.





0 comments:

Post a Comment