Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Rangup
Bahannya
- Cempedak secukupnya
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil kunyit
- satu cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Campurkan tepung gandum, kunyit dan garam
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
- Masuk kan sedikit minyak yang telah dipanaskan
- Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
- Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
- Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
- Angkat dan toskan di atas kertas tisu.
Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah minum petang apabila digoreng panas. Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.
0 comments:
Post a Comment