HIKMAT DAN KHASIAT AYAT SERIBU DINAR~~~
~~~Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih,yang keruh akan jernih’..~~~
- [#] Ayat ini jika diamalkan SETIAP HARI SELEPAS SOLAT sebanyak 3 kali Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- [#] Sesiapa yang beramal ayat ini Allah akan MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- [#] Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali (diberi minum), Insya’Allah pesakit akan sembuh.
- [#] Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah .
- [#] Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1.[#] Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. [#] Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. [#] Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4.[#] Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
..
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang~~~~
0 comments:
Post a Comment