Monday, 7 December 2015

RESEPI PULUT MANGGA ENAK DAN LAZAT



RESEPI PULUT MANGGA ENAK DAN LAZAT

Bahan-Bahan: ( 3- 4 org makan )

[#] 2 cawan beras pulut – rendam 3 jam
[#] 1 1/2 cawan santan
[#] 1/4 sudu kecil garam
[#] 1 sudu kecil tepung jagung
[#]2 helai daun pandan (disimpulkan)
[#] 3 sudu makan gula pasir
[#] Mangga Harum Manis (Apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)

Cara Memasak:
~Masak Pulut~

[#] 1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak.
[#] 2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.

~Kuah Santan ~
[#] 1. Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
[#] 2. Apabila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
[#] 3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA


HIKMAT DAN KHASIAT AYAT SERIBU DINAR


HIKMAT DAN KHASIAT AYAT SERIBU DINAR~~~

        ~~~Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih,yang keruh akan jernih’..~~~

  1. [#] Ayat ini jika diamalkan SETIAP HARI SELEPAS SOLAT sebanyak 3 kali Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. [#] Sesiapa yang beramal ayat ini Allah  akan MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. [#] Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali (diberi minum), Insya’Allah  pesakit akan sembuh.
  4. [#] Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah .
  5. [#] Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1.[#]  Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
‎2. [#] Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
‎3. [#] Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.‎
‎4.[#] Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera binasa kecuali telah sampai ajal.
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
‎..

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang~~~~




Resepi Udang Sweet Sour Ringkas




Resepi Udang Sweet Sour Ringkas

Bahan-bahannya

  • [#] 7-8 ekor udang saiz besar
  • [#] 3 sudu besar minyak masak
  • [#] 2 sudu kecil cili kisar
  • [#] 4 sudu besar sos cili
  • [#] 1 sudu besar sos tomato
  • [#] nenas (dipotong dadu)
  • [#] 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • [#]  daun bawang
  • [#] 1 sudu besar sos ikan

Bahan yang dihiris halus
  • [#]2 ulas bawang putih
  • [#]2 ulas bawang merah
  • [#]2 cm halia
Cara Penyediaan:

  1. [#] Panaskan minyak, goreng udang separuh masak, angkat dan asingkan.
  2. [#] Dalam minyak yang sama, tumis bahan hiris halus sehingga wangi.Kemudia masukan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan masukan sos cili,sos tomato, sos ikan dan sedikit air. Kacau sebati sehingga mendidih.
  3. [#] Masukkan udang, nenas dan bawang besar. Masak seketika, angkat dan hiaskan dgn daun bawang.
  4. [#] Siap untuk dihidang kan menu ini sesuai dimakan untuk 2 orang.


Sunday, 6 December 2015

Resepi Cendol Pulut Sedap




Resepi Cendol Pulut Sedap

Bahan-bahan untuk cendol

[#]100 g tepung beras
[#]2 camca besar tepung ubi
[#]Sedikit air kapur
[#]800 ml air pandan

Bahan-bahan untuk Cendol Pulut

[#]200 g gula merah
[#]100 g gula pasir
[#]200 ml air 
[#]3 helai daun pandan
[#]600 ml pati santan
[#]Sedikit garam
[#]200 g kacang merah
[#]200 g jagung dalam tin
[#]Ais secukupnya
[#]1 mangkuk (100 g) pulut siap ditanak

Cara Membuat

~Cara nak buat cendol tu, kacau tepung beras bersama tepung ubi hingga sebati.
~ Masukkan air pandan dan air kapur.

~Masak dalam kuali lebih senang untuk kacau dengan api yang perlahan.
~ Sentiasa kacau sehingga berkilat dan tidak melekat pada kuali.

~Angkat dan tekan di dalam acuan berlubang, (atau guna tapis - tapi aku tak pernah cuba lagi guna) ke dalam air sejuk (air batu - untuk dapatkan bentuk cendol yang cantik dan menawan gitu).

~Untuk air gula merah, masak gula merah bersama gula halus, daun pandan dan air sehingga mendidih.

Untuk santan pula,

 campur santan bersama garam. 
~Resepi Cendol Pulut Sedap

Bahan-bahan untuk cendol
~100 g tepung beras
~2 camca besar tepung ubi
~Sedikit air kapur
~800 ml air pandan

Bahan-bahan untuk Cendol Pulut

~200 g gula merah
~100 g gula pasir
~200 ml air 
~3 helai daun pandan
~600 ml pati santan
~Sedikit garam
~200 g kacang merah
~200 g jagung dalam tin
~Ais secukupnya
~1 mangkuk (100 g) pulut siap ditanak

Cara Membuat

~Cara nak buat cendol tu, kacau tepung beras bersama tepung ubi hingga sebati. ~Masukkan air pandan dan air kapur.
~Masak dalam kuali lebih senang untuk kacau dengan api yang perlahan. ~Sentiasa kacau sehingga berkilat dan tidak melekat pada kuali.
~Angkat dan tekan di dalam acuan berlubang, (atau guna tapis -)ke dalam air sejuk (air batu - untuk dapatkan bentuk cendol yang cantik dan menawan gitu).
~Untuk air gula merah, masak gula merah bersama gula halus, daun pandan dan air sehingga mendidih.
~Untuk santan pula, campur santan bersama garam garam secukup rasa. 
Seterusnya, untuk dihidangkan ambil mangkuk dan isikan dengan campuran bahan-bahan tadi seperti cendol, kacang merah, jagung, pulut dan ais. Tuangkan air gula merah dan santan.


Siap sedia untuk dimakan


CARA-CARA TURUNKAN DARAH TINGGI





~~~Tekanan darah tinggi menyebabkan badan otak kita kurang mendapat bekalan oksigen yang sepatutnya disebabkan saluran darah yang sempit. Akibat daripada tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu terkena strok dan serangan jantung !!Oleh itu jangan ambil mudah jika anda ada penyakit darah tinggi dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat-ubat yang diperlukan~~~


CARA-CARA TURUNKAN DARAH TINGGI

[#].Ubah cara pemakanan anda dan selalulah makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Diantara contoh buah-buahan yang bagus untuk kurangkan tekanan darah tinggi ialah EPAL HIJAU,LIMAU,PISANG,CINCAU,BAWANG PUTIH DAN CARROT.

[#].Sentiasa bergerak aktif seperti bersukan,joging.

[#].Rehat dan tidur secukupnya.

[#].Kurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera dan juga kurangkan pengambilan daging yang banyak kolestrol.

[#].Minum la minuman herba ,memilih ubat herba juga tidak boleh sebarangan ,sebaiknya pilih product yang telah terbukti berkhasiat.

[#].Cuba elakan atau kurang makan benda yang masin seperti telur masin, ikan masin ,kurangkan pengambilan minuman manis dan elakan minuman keras.


[#].Jangan terlalu stress ,stress atau kecemasan berlebih dapat meningkatkan tekanan darah luangkan waktu untuk berfikir tentang apa yang menyebabkan anda merasa stress,seperti pekerjaan, keluarga, kewangan atau sakit ..


Saturday, 5 December 2015

PETUA MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH DAN PECAH



PETUA MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH DAN PECAH

[#]1 Getah Betik
Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

[#]2 AsamKeping @ Gelugor
Petua yang kedua ni sangat mudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapur cari asam keping ni..betul tak!!

Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.

[#]3 Avokado
Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. 

Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. Tapi..buah ni susah juga nak cari kan. Saya pon tak biasa beli buah ni. Maklumlah buat luar negara kan. Manalah kita orang kampung cam saya ni pandai makan. Beli pon tak pernah kot. 

[#]4MINYAK ZAITUN
Sebelum tidur sapukan MINYAK ZAITUN pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..

[#]5 Kelapa parut
Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. 

Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati. Petua yang kelima ni saya suka. 

Teringat kat mak saya di kampung. Mak saya suka sangat guna hampas kelapa sental kat satu badan..Dengan anak-anak sekali termasuklah disuruhnya sental satu badan bila mandi. Nak bagi kulit halus katanya..hihi

[#]6 Tepung Beras

Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagian tumit yang merekah kembali seperti asal.



Tuesday, 1 December 2015

Kerapu Goreng 3 Rasa




KERAPU GORENG 3 RASA

BAHAN-BAHAN KUAH( KERAPU GORENG 3 RASA)
Bahan dicincang halus :

(8) biji bawang merah
(4) biji bawang putih
(1) incin halia
(2) biji lada merah

Bahan-Bahan sos :

(2) sudu besar cili kering
(2 )sudu makan sos tiram
(1 )sudu makan kicap manis
(1) sudu makan kicap masin
(4) sudu makan sos cili

Bahan-Bahan dipotong dadu :

(1) biji tomato
(1) tin nenas ayam brand-nak letak sikit pun boleh, xnak letak pun boleh.

CARA-CARANYA~` 

1~. Goreng ikan kerapu , jangan terlalu garing.Kemudian toskan,letak dalam bekas yang sesuai.
2~. Dalam kuali lain, tumis bahan yang dicincang halus sehingga naik bau, masukkan cili kering.Tumis sehingga naik minyak.
3~. Kemudian,masukkan bahan sos yang telah disatukan ke dalam mangkuk tadi.
4~.Biarkan seketika,kemudian masukkan tomato dan nenas.Jangan lupa rasa garamnya,letak sikit demi sikit sebab sos tiram da masin.
4~. Setelah siap,curahkan sos keatas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup.


(JIKA NAK SEDAP DAN LAZAT) nak makan baru curah lagi baik supaya ikan tak lemau dan lembik)