Thursday, 10 December 2015

Resepi Kek Coklat Mayonise Homemade


 Resepi sangat mudah tanpa telur dan butter

(*)Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

  • [+]1/3 cup serbuk koko
  • [+]1 liquid cup air panas
  • [+]1 tsp vanilla
  • [+]3/4 cup mayonnaise
  • [+]2 cup tepung di ayak
  • [+]1 cup gula
  • [+]1 tsp baking soda
  • [+]1/2 tsp garam





(*)Cara-cara untuk membuatnya adalah:-


  1.  Panaskan oven. Bancuh serbuk koko dan air panas dan sejukkan ke suhu bilik.
  2.  Kemudian masukkan vanilla dan mayonnaise. Gaul rata. Letak tepi
  3.  satukan semua bahan yang lain dan gaul rata. kemudian masukkan campuran koko di atas dan gaul rata. Kalau pakai mixer guna kelajuan sederhana dalam masa 30 saat.
  4.  masukk kan dalam loyang dan bakar selama 20 ke 25 minit.


Petua Untuk Menurunkan Panas Badan


[+]Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan yang memanaskan badan? 

1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali

4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

9)Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.


Selamat mencuba. in sha allah berhasil


Resepi Bihun Sup Bonda


Cara membuatnya sangatlah mudah, tapi memang sedap, pasti puas hati

(*)Bahan-bahan yang di perlukan adalah:-


  • [+]Bihun untuk 2 orang makan
  • [+]2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • [+]1 pokok sawi
  • [+]Segenggam taugeh
  • [+]Daun bawang yang dipotong halus
  • [+]Daun sup yang dipotong halus
  • [+]Segenggam bawang goreng
  • [+]3 ulas bawang merah
  • [+]3 ulas bawang putih
  • [+]Seinci halia
  • [+]1 batang kulit kayu manis
  • [+]2 kuntum bunga lawang
  • [+]3 kuntum bunga cengkih
  • [+] sup
  • [+] kurma
  •  [+]garam
  •  [+]serbuk pati ayam
  • [+]6 biji cili padi
  • [+]1 biji limau nipis (ambil jusnya aje tau)
  • [+]kicap pekat manis
  • [+]minyak untuk menumis
  • [+]Air

(*)Cara-caranya adalah:-
    1. Rendam bihun dalam bekas berisi air
    2. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
    3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
    4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
    5. Setelah itu, masukkan air secukupnya
    6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
    7. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
    8. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
    9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
    10. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
    11. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
    12. Hidangkan dengan sambal kicap


Tuesday, 8 December 2015

DOA PEMBUKA 12 PINTU



DOA PEMBUKA 12 PINTU

~JOM ,BERSIHKAN HATI KITA DAN BERIBADAH SECARA IKHLAS KERANA ALLAH~

ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SHOLAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NIA’MATI, WA ABWAABA BAROKHATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKHI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.


  • ~~ Bacalah doa ini selepas SOLAT,SEBELUM TIDUR dan bila-bila sahaja.
  • ~~Jadikan amalan INSYAALLAH dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya,terhindar daripada musibah,orang bertambah sayang dan apa yang didoakan.
  • ~~Jangan berputus asa berdoa.Ada orang ALLAH cepatkan doanya dan ada pula yang lambat dan mungkin ada juga yang ALLAH beri di akhirat.
  • ~~Semua ini kerja ALLAH ,hanya dia yang tahu apa yang baik untuk kita.






RESEPI KROKET TAUHU KEJU


RESEPI KROKET TAUHU KEJU


BAHANNYA~

[#] 300gm tauhu (dihaluskan)
[#] 100gm isi ayam (dihancurkan)
[#] 50gm keju parut
[#] 20gm tepung jagung
[#] 1sb tepung gandum
[#] 1sb lada sulah
[#] 1 tangkai daun sup
[#] sedikit lobak merah dipotong dadu
[#] garam secukupnya

BAHAN SALUTAN~

[#] 1 biji putih telur
[#] tepung gandum secukupnya 
[#] Serbuk roti secukupnya

caranya~

[1] Satukan semua bahan,gaul sehingga sebati.
[2] Bulat-bulatkan sebesar bebola 
[3] Golekkan pada tepung gandum,lumurkan dalam putih telur kemudian golekkan dalam serbuk roti.
[4] Goreng dalam minyak panas hingga garing 
[5] sedia dihidangkan sedap dimakan panas-panas dengan sos .


SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMAT~


RESEPI KUIH NONA MANIS SANGAT SEDAP


RESEPI KUIH NONA MANIS SANGAT SEDAP

Bahan (I)
[#]3 biji telur ayam
[#]1 cawan gula pasir
[#]2 cawan santan
[#]2 cawan tepung gandum

Bahan( II)
[#]2 cawan santan suji (santan yang diblender bersama pandan dan suji - suji ialah sejenis tumbuhan serupa pandan) - Amie tidak gunakan suji (tak pernah jumpa pokok suji di tempat Amie) Amie gunakan pandan emulco dan perasa pandan
[#]1/2 cawan gula pasir
[#]1/2 cawan tepung jagung
[#]1/2 sudu teh garam

Bahan (III)
[#]2 cawan santan  (pati santan)
[#]2 sudu makan gula pasir
[#]2 sudu makan tepung gandum
[#]1/2 sudu teh garam

Caranya
[#]1. Pukul telur dan gula sehingga mengembang. Perlahankan kelajuan mixer, dan masukkan tepung gandum. Adun sebati dan kemudian masukkan pula santan dan diadun lagi hingga sebati. Ketepikan.
[#]2. Campurkan santan suji (santan yang diblender bersama pandan tadi), gula pasir dan tepung jagung. Masak di atas api dapur sehingga meletu-letup dan memekat. Angkat.
[#]3. Campurkan Bahan I dan Bahan II.Gunakan mixer hingga teradun sebati. Ketepikan. 
[#]4. Naikkan periuk pengukus yang berisi air kukusan ke atas dapur dan bukakan api dapur.


Sementara itu, kita sediakan pula Bahan III.

5. Campurkan santan kental @ pati santan, gula tepung gandum dan garam ke dalam periuk. Kacau rata supaya tidak bergentel-gentel. Masak di atas dapur dan terus dikacau sehinggalah adunan mendidih. Angkat dan ketepikan. 

 6. Sediakan acuan pilihan yang sudah dioles dengan minyak. 

7. Berikan di bahagian tengahnya adunan Bahan III dengan sudu.  Gunting muncung paip plastik dan benamkan di tengah-tengah adunan hijau, kemudian picit sehingga adunan naik.


8. Kukus di antara 7-10 minit.

9.Sejukkan nona manis sebelum diminati.


Monday, 7 December 2015

RESEPI PULUT MANGGA ENAK DAN LAZAT



RESEPI PULUT MANGGA ENAK DAN LAZAT

Bahan-Bahan: ( 3- 4 org makan )

[#] 2 cawan beras pulut – rendam 3 jam
[#] 1 1/2 cawan santan
[#] 1/4 sudu kecil garam
[#] 1 sudu kecil tepung jagung
[#]2 helai daun pandan (disimpulkan)
[#] 3 sudu makan gula pasir
[#] Mangga Harum Manis (Apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)

Cara Memasak:
~Masak Pulut~

[#] 1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak.
[#] 2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.

~Kuah Santan ~
[#] 1. Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
[#] 2. Apabila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
[#] 3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA