Thursday, 26 November 2015

Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Rangup


Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Rangup

Bahannya
  • Cempedak secukupnya
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • satu cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Campurkan tepung gandum, kunyit dan garam
  3.  Tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
  4. Masuk kan sedikit minyak yang telah dipanaskan
  5. Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
  6. Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
  7. Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
  8. Angkat dan toskan di atas kertas tisu.

Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah minum petang apabila digoreng panas. Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.


Kelebihan Teh Hijau Dan Efek Sampingan Teh Hijau




Kelebihan Teh Hijau  Dan Efek Sampingan Teh Hijau

Selain membantu program diet, teh hijau juga memiliki beragam manfaat lain untuk tubuh. Berikut ini beberapa manfaat dan khasiat teh hijau yang boleh Anda dapatkan:->
  • Memperkuat gigi, mencegah gigi berlubang, dan membantu mengurangi bau mulut.
  • Baik untuk kesihatan kulit.
  • Membantu Kinerja Otak.
  • Antioksidan, nutrisi pada teh hijau dipercaya mampu menyerap racun yang mengganggu dalam tubuh.
  • Mengurangi Risiko Penyakit Kanker dan Jantung.
  • Mengatasi Jerawat dan Eksim.



Efek Sampingan Teh Hijau
Selain banyak sekali manfaat dan khasiat yang boleh kita dapatkan dari teh hijau, ternyata juga terdapat efek sampingan yang perlu kita perhatikan. Diantaranya adalah:>

1. Efek Kafein
Meskipun kandungan kafein dalam teh hijau lebih rendah dari kopi, tetap saja memberikan efek kafein pada tubuh seperti  sulit tidur, detak jantung lebih cepat, gelisah dan tekanan darah yang meninggi.

2. Kekurangan Zat Besi
Zat tannin yang berlebih dalam darah dapat menghambat penyerapan tubuh terhadap zat besi.

3. Osteoporosis
Ini merupakan salah satu efek teh hijau yang cukup mengerikan, khususnya bagi wanita. Teh hijau diyakini akan membawa lebih banyak kalsium dalam tubuh keluar melalui urin, daripada zat diuretik lainnya.

5. Dapat Mempengaruhi Kehamilan

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, sebaiknya mengurangi pengambilan teh hijau dalam jumlah tinggi. Kandungan kafein dapat menyeberang plasenta dan masuk ke dalam sirkulasi janin,  iaitu keguguran. Meskipun tidak dilarang, sebaiknya elakan minum teh hijau bagi ibu hamil.


TUJUH ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


TUJUH  ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1>. Memperbanyak Membaca ~
 La hawla Wala Quwwata Illa billah
 Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan ~ La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2>. Membaca ~La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca 
~La ilaha illallahul malikul haqqul mubin 
maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3>. Membaca –~Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .
 Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4>. Membaca Surat Al-IKHLA S~
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5>. Membaca Surat Al-WAQIA’AH ~
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6>. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI ~
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7>. Melazimkan BERISTIGHAFAR ~
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

  • ~YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
  • ~YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
  • ~Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
  • ~Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....



Wednesday, 25 November 2015

AIR YANG DICINCANG TAK KAN PUTUS( TULAH DARAH DAGING KITA)



AIR YANG DICINCANG TAK KAN PUTUS( TULAH DARAH DAGING KITA)

~Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
~Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
~Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
~Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.
~Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
~Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
~Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.
~Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".
~Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

("DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.”) 

(TERIMA KASIH ADIK BERADIK)

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
  • 1.~ Waktu
  • 2. ~Kata-kata
  • 3 .~ Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
  • 1. ~Kemarahan
  • 2.~ Keangkuhan
  • 3. ~Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
  • 1.~ Harapan
  • 2. ~Keikhlasan
  • 3. ~Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg berharga:
  • 1. ~Kasih Sayang ..
  • 2. ~Cinta
  • 3. ~Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
  • 1.~ Kekayaan
  • 2. ~Kejayaan
  • 3.~ Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
  • 1.~ Komitmen
  • 2. ~Ketulusan
  • 3. ~Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
  • 1. ~Tekad
  • 2. ~Kemahuan
  • 3.~ Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
  • 1.~ Rezeki ..
  • 2.~ Umur
  • 3.~ Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
  • 1. ~Tua
  • 2. ~Sakit
  • 3.~ Kematian.

****Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya***
Kirimlah kpd semua Adik beradik yg kita ingati.


MASAK LEMAK PUCUK CEMPERAI



MASAK LEMAK PUCUK CEMPERAI


BAHANNYA
  • ~ 2 cekak pucuk cemperai  
  • ~Santan kelapa secukupnya 
  • ~1 genggam ikan bilis - rendam sekejap 
  • ~Garam secukup rasa 
  • * Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat*


BAHAN DITUMBUK LUMAT :
  • ~ 4 cm kunyit hidup 
  • ~2 biji bawang merah 
  • ~1 ulas bawang putih
  • ~ Sedikit cili api - kalau suka pedas


 CARA MEMASAK : 
(1). Bersihkan pucuk cemperai dan ambil daun-daun . 
Tumbuk lumat semua bawang merah , putih , kunyit hidup dan sedikit cili api . Kalau tak mau pedas tak perlu tambah cili api .
(2).Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis . Kacau semua bahan dan biarkan santan/kuah mendidih .

(3). Masukkan semua pucuk cemperai tadi dan kacau sekejap . Biarkan sampai pucuk cemperai masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur. 

###Ini la rupa sayur pucuk cemperai yang dimasak lemak kuning , rasa sayur lebih kurang sama macam pucuk manis memang sedap , lemak dan manis . Juadah sayur pucuk cemperai ni memang la hidangan istimewa  sebab jarang dapat jumpa dan dapat dimakan ,####


Nak tak Anak kita Berkelakuan Baik? Cubalah 20 Kata-Kata Ini



Nak tak Anak kita Berkelakuan Baik? Cubalah 20 Kata-Kata Ini ~~~

1~Bagus! Terima kasih sebab tolong mama.


2~Terus berusaha. Ayah bangga dengan kamu!


3~ Baiknya anak mama ni!


4~ Hebat. Terima kasih kerana taat dengan perintah ayah.


5~ Wow! Kamu benar-benar mengagumkan kami!


6~ Kamu tahu tak? Kamu ni anak yang baik!


7~ Mama hargai apa yang kamu lakukan.


8~ Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kamu.


9~ Tengok apa yang telah kamu capai!


10~ Kamu telah buat keputusan yang terbaik!

11~ Terima kasih kerana mengemas bilik sebelum mama sempat menyuruh.


12~ Mama suka mendengar perkara itu.


13~ Kamu dah faham, itu memang hebat!


14~ Selangkah je lagi, kamu pasti berjaya!


15~ Kerja yang hebat, kamu benar-benar mendengar kata.


16~ Ayah tahu ia perkara baru bagi kamu, percubaan yang sangat baik!


17~ Mama suka kreativiti kamu!


18~ Terima kasih kerana berkongsi.


19~ Teruskan usaha. Kamu boleh lakukan!


20~ Mama/Ayah sayang kamu.

SELAMAT MENCUBA SEMUA






RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING SEDAP :-)


RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING SEDAP :-)

Bahan - bahannya

  • ~9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
  • ~2-3 inci halia ( hiris nipis)
  • ~5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3)
  • ~sebelah dada ayam
  • ~sebungkus cendawan shitake
  • ~3 -4 sb sos tiram
  • ~3-4 sb kicap pekat
  • ~2-3sb kicap cair
  • ~serbuk lada hitam
  • ~sesudu kecil minyak bijan
  • ~4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
  • ~3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
  • ~sayur sawi
  • ~yee mee


Caranya :

  • (1) Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga kekuningan
  • (2) Masukkan ayam & cendawan serta masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.
  • (3) Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam) & kacau rata.
  • (4) Masukkan minyak bijan & tutup seketika.
  • (5) Pastikan cendawan dan ayam betul2 masak barulah masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • (6) Seimbangkan rasa & tutup api.

  • Penyediaan di (Hot plate):

  • (1) Masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan (kuahnya sesenduk di atas mee tersebut.
  • (2) Pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya.
  • (3) kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya kalau takda hot plate.
  •  boleh je satukan,masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali.



Selamat memasak sizzling yee mee~~~~